30 April 2010

COUNTDOWN..1


menanti hari kejadian...tunggu..!

28 April 2010

JELAJAH 1 MALAYSIA

Semalam masa di skolah kami warga SKSW telah diberitahu bahawa jalan raya besar menuju ke Manjung Lumut akan ditutup dr jam1.30-2.30..jadi sesiapa nak ke Manjung diminta balik sebelum or selepas waktu itu..aku pon pecot dr skul ke Manjung, takot2 trafik jam panjang pulak nanti..sampai umah aku trus amik siti adawiyah nurkasih dr umah pengasuh dan mengajak dia pergi tengok lumba basikal..semangat dia nak tengok..aku pon xtau kenapa beria plak nak tengok!! masa tue jam1.35 aku dah ade di tepi jalan highway Manjung Lumut..tunggu dalam kereta je..panas terik malas nak kluar..
tunggu punya tunggu lambatla plak..jam dah 2.15pm..
konvoi moto berkuasa tinggi telah pon tiba..semua motosikal polis yang besar bersiap sedia mengawal lalu lintas..kenderaan semua ditahan..RELA pon dah lama 'tercongok' tepi jalan..sian pon ade iyela aku tengok seme tua-tua ja..
masa yang dinanti tepat 2.20 segerombolan peserta lumba basikal sedang bersaing sungguh hebat..masa tue 'mat saleh' leading di depan skali..adela dalam 50 buah basikal..teruja aku tengok..team Malaysia ditempat ke-2..sengit!
aku tunggu sampai habis..ade 3kelompok peserta..semua sekali ade lbh kurang 160 buah basikal..anak aku tengok dengan penoh kusyuk dan terpegun..aku dgn dia kluar dari kereta berdiri tepi divider jalan..yang bestnya udahla tengah panas, pakai bj kurung, 2 branak perempuan lak..huhuu segan pon ade..aku xkesah..janji dpt tgk live!!pas abih peserta yg terakhir team Malaysia kot..tgk betis itam jew..muka xnampak..huk3 aku pon cabot!
malam tue dengar buletin utama tv3 bahagian sukan..Malaysia menang..Yahooo....Menang Malaysia..agaknya dia bersemangat pas tengok aku berbaju kurung pink tepi jalan bagi semangat kat dia kot...tu yang menang tue..haha MALAYSIA BOLEH

25 April 2010

Karnival Maritim 2010




Bermula 23-04-2010 hingga 25-04-2010 di kawasan dataran bandar Lumut..pelbagai aktiviti seperti pameran alatan dan keperluan menyelamat..yang best dan interesting skali adalah melihat kayak yang diletak whailer atau layar..nampak smart dan sangat teruja mencuba tapi apakan daya dia diletak diatas darat daa..huhu..acara lain antaranya pertunjukan silat pasukan Tempur TLDM menakjubkan dan yang paling mencuri tumpuan adalah persembahan kawad senyap..uhh!! memang menarik..ramai orang datang tengok..walaupun hari da nak ujan tp orang masih tak berganjak..syabas TLDM dan warga Manjung..

15 April 2010

biler baca cerita orang teringat kenangan sendiri

mohdelham pencetus kenangan..
kenagan terlukis di pulau perhentian..xtvt sama explorace..lanun juga ada..tapi time tue xramai..bot lanun sebuah meronda xtvt kami..terdiri daripada tiger(apis),shon dan pok nik termasuklah Boss..game dimulakan apabila kami mendapat task yg pertama..sebelum tue kami dibahagia kepada 2team..ahli kumpulan 5orang..yela class kami hanya ade 10 jew..kmpln aku terdiri daripada aku (imayo), stoner, lan, mas dan atique..klu tak silapla..lupe dah..huhu..geng jahat pulak om, wati, fariza(kakak mas), ad dan shar..klu sekali tengok pembahagian kumpulan macam tak fair..huhu sori BOss..race bermula..baca je task aku mula nak pengsan..utk mendapatkan kad check point 1..ahli dikehendaki menyelam kedasar laut untuk menangkap timun laut..Ya Allah susahnya..mula2 lan cuba amik gagal..aku cuba pon gagal..yela kena pakai lifejacket pastu kena selam..adoiyai..kena betol2 'teror' baru boleh sampai ke dasar..dah naik letih selam menyelam akhirnya aku mengambil helah..pasang trik..aku suruh geng kerumun aku..kemudian aku buka lifejacket terus selam..ahahaha...main tipu..seb baek bos xnampak..tp yang sebenarnya pok nik(lanun) dah nampak...saje je dia diam..ahahha..lan dapat 1 aku dapat satu..lepas dapat kami dikehendaki ke pulau hadapan..ntah ape ke namanya..jauh jugala..nak sampai lebih kurang 30-60minit..time tue memang menguji ketahanan fizikal..ada yang mabok laut..ade yang 'menjahit' & cramp la...huh..
sampai jew pulau kami berkejar dan bersaing..mase tue geng jahat (si Om) telah tersasar..salah trek..huhu dptla kami potong..yang bestnya..dikampung tue..benda yang xpenah aku buat..terpaksa aku 'buat-buat' buat..parut kelapa aku teror..yang xbestnya..kena tangkap kambing biri2 dan gunting bulu dia..alahai..ikan dalam akuarium pon aku xberani pegang inikan kambing...nasib baik dia xsuruh aku tangkap ayam..huhu..
kami ketinggalan mase tue sebab xdapat cari gunting..rupanya kena bijak berbicara atau manis mulut...pinjam jew dekat orang kampung...huhu pastu da setel kami kena makan jering..muntah belahak la aku..
selesai semua..kami kena balik ke kayak..ingatkan dah abis rupanya ade task 1 lagi..cuci sampai nelayan...ahahahah...lan n atiq kena buat..yg len buat prep utk berkayak..letih tau..dari ujun kampung ke ujun pantai berlari..
team kami semangat nak menang..bukan pe dapat leading mase tue..sampai lah satu ketika..ini semua orang tak tahu..baru nak bagi tau..huhu..kami telah di'bakar' oleh team jahat iaitu (om) haha jangan marah om..rahsia terbongkar...team ajak kami sepakat untuk x bersaing..katenye atas dasar teamwork..hahahaha..ialakan budak class pon xramai..jadi semasa kami berkayak kami telah sepakat untuk buat2 bersaing..aku pon atas dasar yang sama dan kesiankan kawan2 yang dah hampir flat..kayuh la kayak dengan biasa2 saja..cisss..om dah nampak kekalahan keatas team dia la tue..huhu..aku ikut jew..
rupa2nya Boss dah naik angin kerana pakatan kami itu telah terhidu olehnya..ialakan orang berpengalaman...setekat trik kecik macam tue..dalam poket dia jew..huhu sori Boss..bukan nak sabotage xtvt..cuma memegang kata-kata hikmah wonderpet..apa yang penting kerjasama..huhu..sampai checkpoint terakhir cik Su dan tunggu..mase posmortem kami kena tibai cukup2...huhuhu...dalam hati..Tuhan saja yang tahu...tapi aku xmarah pon..xda niat jahat..niat nak bantu kawan2 yang da penat..xpala...malam tue Bos langsung xkesahkan kami..aku rasa bersalah juga..
yang best dan tak bestnya semasa malam terakhir xtvt survivor..aku nak geng yyang kepenatan terpaksa melepaskan lelah semasa menjaga sentree..huhu tido la apa lagi...mase tue bos kat campsite..kami kat atas membuta..kate ade rotation..jd aku punya turn lewat lagi..aku pon dengan konfidennye tidola..tuptup..bangun2 bos kat depan mate...huhu takde sape pon kejotkan..sian kami,,,tercangang bangang..xpela..memang salah pon..cuma kesal kengkawan ade yang jaga tapi xkejot kami sampailah terkantoi..ape boleh buat..hehe
tapi kan..masa ribut malam tue..memang menakotkan..abis khemah rosak..khemah pusat tumbang..uih..
APEPON KENANGAN adalah yang paling indah buat aku..klu baik sangat pon xbest jugak..sekurang-kurangnya kita tahu dimana kelemahan dan kekurangan kita..betol tak..

BERITA KESEDIHAN

Semalam (14.04.2010) saya mendapat sms dari sahabat lama yang belajar semasa di UiTM mengambil jurusan diploma pengurusan kesenggangan (sr112) iaitu Norhasrinda Bt Nazri. nama gelaran atau nama glamornya (Jijah)..dia mengatakan bahawa ayahnya baru sahaja meninggal dunia awal pagi semalam..Takziah diucapkan..seorang lagi sahabat kehilangan orang tersayang..ayah jijah meninggal akibat kanser paru-paru yang telah merebak ke hati..kepada yang mengenalinya sedekahkan Al-fatihah ke atas roh arwah ayahnya..

isnin lalu 13.04.201o warga sekolah iaitu seorang guru juga telah kehilangan ayahnya kerana serangan jantung..
harap bersabar dan tenang menghadapi dugaan Tuhan..Amin
semua yang hidup pasti akan mati..

11 April 2010

KEPUTUSAN PENUH

Syabas Manjung

MANJUNG mantap tahun 2010..Prestasi membanggakan dimana MANJUNG menggondol ke semua tempat..ada Johan ada tempat ke-2 dan ke-3..berbanding tahun lepas..

JOHAN
Pasukan Bawah 12 Tahun
MANJUNG VS HULU PERAK (37 - 16)

KETIGA : KINTA UTARA
KEEMPAT: KERIAN

NAIB JOHAN
Pasukan Bawah 18 Tahun
MANJUNG VS KINTA UTARA (18 - 38)

KETIGA : HILIR PERAK
KEEMPAT: BATANG PADANG

TEMPAT KE-3
MANJUNG VS BATANG PADANG (23 - 17)

JOHAN : KINTA UTARA
NAIB JOHAN: HULU PERAK

7 April 2010

MSSPK NETBALL 2010

Pemilihan pemain: 3.04.2010

Latihan Pusat: 05.004.2010


Pertandingan: 09 hingga 11 .04.2010
Tempat : Padang Sri Wawasan ( Sekolah Kebangsaan Seri Bayu)


Kategori : bawah 12 tahun
Jurulatih : Pn. Nor Izzah


Kategori :bawah 15 tahun
Jurulatih : Pn. Fairul Fauziema


Kategori : bawah 18 tahun
Jurulatih : Pn. Rosalin

game bermula hari Jumaat

bwh 15 tahun
Manjung vs Larut Matang Selama jam3 ptg
Manjung vs Kinta Selatan jam5ptg

All The Best 2 Manjung Teams..Kiter Beat Kinta..Manjung Fight Fight Fight