26 February 2010

PENDERITAAN YANG SEKETIKA

18hb.2. 2010:- aku dikejutkan melalui telefon oleh kakakku.. menyatakan abah sesak nafas..dia telah dikejarkan ke hospital jam11.30 malam..selepas masuk air satu botol abah dalam keadaan lemah disuruh pulang oleh doktor wanita muda. abah kelihatan sedih..pulang kerumah jam4.30 pagi

19hb.2.2010:-Jumaat pagi keadaan abah tidak bermaya tapi masih mampu bercakap, namun sudah tidak boleh bangun..abah diminta memakai lampin pakai buang..urusan membuang najis hanya aku saja dibenarkan..orang lain dia tidak mahu..mandi pula kakakku,urut-urut badan dia akan panggil adikku,dan kakakku yang kedua hanya membantunya mengambil air sembahyang..semua yang terjadi seperti sudah diatur..
20hb.2.2010:-abah sering tidak dapat melelapkan matanya sehingga siang..kami bergilir-gilir berjaga menemaninya..sakit didalam perutnya semakin menyucuk-nyucuk katanya..apa daya kami, hanya membantu kuatkan semangatnya sahaja..aku sering memberitahunya agar bertahan sehingga 23hb kerana masa itulah dia akan dibawa ke hospital untuk mengadakan CT Scan..dan daripada result itu dia akan dibedah..abah menganggukkan kepalanya setuju..semasa dirumah abah sering mengadu ada orang sering mengintainya..seperti terjenguk disebalik tangga rumah,dan ada satu hari itu..abah berkata kepadaku..siapa yang memberi salam kepadanya..aku dan kakak terpinga-pinga..
21hb.2.2010:-tiada perubahan yang ketara dari abah..sanak saudara jiran tetangga ramai yang menziarah..abah masih mengenali setiap yang hadir..rakan nya masa muda-muda dahulu,namun sempat bergurau..malam itu aku dan kakak berjaga dari jam5pagi kerana abah sentiasa panggil nama ku..aku mengurut-ngurut tangan dan kakinya..katanya lenguh..abah tidak dapat tidur lebih kurang 4hari berturut-turut..namun abah sering bertanya tarikh setiap hari..katanya tidak sabar2 lagi menunggu 23hb untuk rawatan..subuh itu aku terdengar ada orang mengetuk pintu diluar sebanyak 3kali hati tersentap seketika kerana pelik juga subuh2 nie siapa yang datang..aku menguatkan hati terus kedepan dan membuka pintu..apa yang mengejutkan tiada sesiapa..petang itu aku bersiap2 utk pulang ke Manjung dan berjanji kepada abah akan kembali sebaik habis sekolah tengahari esok..kerana ingin membawanya ke hospital 23hb..aku bersalam dan menyatakan akan pulang..abah mengangguk kepala..katanya bawa perlahan-lahan..baik-baik ya..aku pun pulang..betul2 sampai didepan hospital panggilan dari kakakku menyatakan bahawa abah sesak nafas..aku terus berpatah balik..sampai di rumah keadaan abah amat lemah..aku menunggu sehingga ke malam..malam itu abah tidur lena tanpa gangguan..alhamdullilah..yus pulang ke Manjung..aku mendapatkan MC kerana kebetulan demam panas..abah bertanyakan abang sulungku yang masih dalam perjalanan..abah bertahan menunggu abg tiba..
22hb.2.1010:-aku yang sering membersihkan najis melihat perubahan abah..abah tidak membuang najis seperti sediakala..perubahan ketara abah ialah..kakinya yang bengkak sudah susut..bengkak yang selama ini ada tiba-tiba baik..aku terasa sesuatu akan berlaku..namun mendiamkan diri sahaja..
23hb.2.2010:- abah pergi meninggalkan kami selama-lamanya..tepat jam3.15pagi di hospital
Banyak petanda-petanda awal abah tunjukkan sebelum pemergiaannya..setiap adik beradik mengalaminya..namun segalanya biarlah kami menyimpannya..arwah seolah-olah sudah tahu akan meninggalkan kami semua...
sekarang yang tinggal hanya emak seorang..kami diamanatkan agar menjaga emak dengan baik..Insyaallah segala tanggungjawab sebagai anak akan dilaksanakan dengan baik..

3 comments:

NORLIZA ALI WEE said...

Takziah....semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman....amin

ctrosmawati.blogspot.com said...

salam ema....takziah yek..akak baru tahu..semoga arwah ditempatkan dikalangan org yg beriman dan beramal soleh..amin

teacherhartinie said...

salam ima...takziah dr akak sekeluarga...semoga ima n family tabah menerima dugaan ini....moga arwah ditempatkan dikalangan org yg beriman n soleh...alfatihah....