26 February 2010

PENDERITAAN YANG SEKETIKA

18hb.2. 2010:- aku dikejutkan melalui telefon oleh kakakku.. menyatakan abah sesak nafas..dia telah dikejarkan ke hospital jam11.30 malam..selepas masuk air satu botol abah dalam keadaan lemah disuruh pulang oleh doktor wanita muda. abah kelihatan sedih..pulang kerumah jam4.30 pagi

19hb.2.2010:-Jumaat pagi keadaan abah tidak bermaya tapi masih mampu bercakap, namun sudah tidak boleh bangun..abah diminta memakai lampin pakai buang..urusan membuang najis hanya aku saja dibenarkan..orang lain dia tidak mahu..mandi pula kakakku,urut-urut badan dia akan panggil adikku,dan kakakku yang kedua hanya membantunya mengambil air sembahyang..semua yang terjadi seperti sudah diatur..
20hb.2.2010:-abah sering tidak dapat melelapkan matanya sehingga siang..kami bergilir-gilir berjaga menemaninya..sakit didalam perutnya semakin menyucuk-nyucuk katanya..apa daya kami, hanya membantu kuatkan semangatnya sahaja..aku sering memberitahunya agar bertahan sehingga 23hb kerana masa itulah dia akan dibawa ke hospital untuk mengadakan CT Scan..dan daripada result itu dia akan dibedah..abah menganggukkan kepalanya setuju..semasa dirumah abah sering mengadu ada orang sering mengintainya..seperti terjenguk disebalik tangga rumah,dan ada satu hari itu..abah berkata kepadaku..siapa yang memberi salam kepadanya..aku dan kakak terpinga-pinga..
21hb.2.2010:-tiada perubahan yang ketara dari abah..sanak saudara jiran tetangga ramai yang menziarah..abah masih mengenali setiap yang hadir..rakan nya masa muda-muda dahulu,namun sempat bergurau..malam itu aku dan kakak berjaga dari jam5pagi kerana abah sentiasa panggil nama ku..aku mengurut-ngurut tangan dan kakinya..katanya lenguh..abah tidak dapat tidur lebih kurang 4hari berturut-turut..namun abah sering bertanya tarikh setiap hari..katanya tidak sabar2 lagi menunggu 23hb untuk rawatan..subuh itu aku terdengar ada orang mengetuk pintu diluar sebanyak 3kali hati tersentap seketika kerana pelik juga subuh2 nie siapa yang datang..aku menguatkan hati terus kedepan dan membuka pintu..apa yang mengejutkan tiada sesiapa..petang itu aku bersiap2 utk pulang ke Manjung dan berjanji kepada abah akan kembali sebaik habis sekolah tengahari esok..kerana ingin membawanya ke hospital 23hb..aku bersalam dan menyatakan akan pulang..abah mengangguk kepala..katanya bawa perlahan-lahan..baik-baik ya..aku pun pulang..betul2 sampai didepan hospital panggilan dari kakakku menyatakan bahawa abah sesak nafas..aku terus berpatah balik..sampai di rumah keadaan abah amat lemah..aku menunggu sehingga ke malam..malam itu abah tidur lena tanpa gangguan..alhamdullilah..yus pulang ke Manjung..aku mendapatkan MC kerana kebetulan demam panas..abah bertanyakan abang sulungku yang masih dalam perjalanan..abah bertahan menunggu abg tiba..
22hb.2.1010:-aku yang sering membersihkan najis melihat perubahan abah..abah tidak membuang najis seperti sediakala..perubahan ketara abah ialah..kakinya yang bengkak sudah susut..bengkak yang selama ini ada tiba-tiba baik..aku terasa sesuatu akan berlaku..namun mendiamkan diri sahaja..
23hb.2.2010:- abah pergi meninggalkan kami selama-lamanya..tepat jam3.15pagi di hospital
Banyak petanda-petanda awal abah tunjukkan sebelum pemergiaannya..setiap adik beradik mengalaminya..namun segalanya biarlah kami menyimpannya..arwah seolah-olah sudah tahu akan meninggalkan kami semua...
sekarang yang tinggal hanya emak seorang..kami diamanatkan agar menjaga emak dengan baik..Insyaallah segala tanggungjawab sebagai anak akan dilaksanakan dengan baik..

BEGITULAH KESUDAHANNYA


Segalanya telah disuratkan Allah S.W.T..perjalanan hidup hanya sampai disini..tepat jam 3.15pagi 23hb.02.2010 merupakan hembusan nafas terakhir yang hanya disaksikan oleh adik bongsu ku iaitu Ida (25thn) di hospital besar Teluk Intan..Innalillahiwainnalillahirojiun..air mata adik berlimpahan tatkala arwah memegang tangannya erat disaat-saat akhir..Doktor mengesahkan kematian arwah abah adalah komplikasi didalam abdomen..
arwah dikejarkan ke hospital atas permintaannya sendiri pada jam12.ootengahari dengan menggunakan kenderaan baru ku Naza Ria juga atas permintaannya..malam sebelum itu arwah mengadu sesak nafas kami segera menghubungi ambulans namun sesampainya kenderaan tersebut arwah menolak untuk ke hospital atas sebab-sebab..serik katanya..pengalaman yang lalu katanya ambulans membawanya tidak berhati-hati menyebabkan sakit yang ditanggungnya bertambah sakit..

ketika tiba di hospotal dalam jam12.30tengahari keadaan arwah semakin lemah..jantungnya terhenti seketika sehinggalah diberi CPR dan dibantu oleh mesin oksigen(bantuan pernafasan) barulah jantungnya berfungsi semula walaupun sangat lemah..air mata ku tidak henti-henti mengalir mengenangkan keadaan abah ketika itu..apa yang pasti abah terlalu kuat melawat penyakitnya..

air dimasukkan selepas 1 botol kesatu botol sehingga 7 botol..namun keadaan abah masih tidak stabil..nadinya tidak menentu sekejab 139 sekejab tuurn mendadak sehingga 50..hatiku semakin sayu apabila doktor mengesahkan abah sedang tenat..pada ketika itu jam5.30 petang..Doktor tidak dapat melakukan apa-apa pembedahan segera kerana keadaan abah yang tidak stabil sejak dari tengahari tadi..akibat dari denyutan jantung terhenti menyebabkan buah pinggang abah sudah rosak..

tepat jam6.30 doktor memanggil semua waris yang kebetulan adik-beradik kami semua sudah berkumpul memnberitahu bahawa peluang untuk abah hidup amat tipis kerana segala prosedur telah dilaksanakan termasuklah memasukkan darah..jantung abah semakin lemah..pernah dala prosedur 2kali lagi jantung abah terhenti..

Ya Allah kuatkanlah semangatku..doktor memberitahu lagi agar semua bersedia dengan apa saja kemungkinan kerana cancer yang terdapat dalam usus abah sudah pecah..aku melihat dari hujun katil keadaan abah yang amat lemah..sesekali aku pergi hampir ketelinganya mengucapkan kalimah syahadah 'ashaduallailalahaillallah waashhaduannamuhammadarasullulah' mengalir air matanya..apa lagi aku..tersekat-sekat nada suaraku ketika itu..abah kelihatan mengucapkan sesuatu..dan ketika itulah aku memohon ampun dan maaf kepadanya..'abah halalkan makan minum ima dan segala-galanya'..air mata tidak mahu berhenti lagi..aku pergi keluar memanggil ibuku..

pada jam7.00 abah dihantar ke wad 1A dan disitulah abah bertarung nyawa..aku menunggu disitu sehingga jam9.00 doktor memanggil lagi abang sulungku..dia menyatakan bahawa jantungRbah semakin lemah dan dengan itu dia meminta agar bersetuju melakukan CPR lagi..kami berbincang bersama ibu dan mengatakan kata sepakat agar tidak melakukan CPR atas sebab-sebab kesiankan keadaan abah itu..kam semua sudah pasrah dan redha sekiranya abah pergi meninggalkan kami..cukuplah segala penderitaan yang ditanggungnya selama ini..

sekarang abah bergantung hanya dengan mesin sahaja..aku pulang kerumah untuk menguruskan majlis bacaan yasin di rumah..lagi pun keadaan kesihatan aku yang demam dan tekak bernanah membuatkan aku terpaksa pulang..aku seorang tinggal dirumah menemani anak-anak saudaraku yang masih kecil..abang kakak2ku dan adik semua di hospital..

badanku semakin seram sejuk kerana demam..aku baring kesejukan..malam semakin larut dan tepat jam3.15 kakakku yang kedua mengejutkan aku dari terlena seketika..dia membisikkan ketelingaku bahawa abah sudah tiada...air mata tanpa dipaksa keluar mencurah-curah..namun semangat dan kekuatan yang ada dalam diriku..aku beristifar..aku redha ketentuanNya..

aku membuat persiapan untuk jenazah abah dibawa pulang..

jam2.00 abah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Taman Ros Padang Tembak..jenazah tidak disemadikan di kampung abah di Kuala Selangor kerana memandangkan kami adik beradik dekat dan mudah ke sini...bersemadilah abah disana dengan tenang..semoga arwah abah dilindungi dan ditempatkan di Syurga selamanya..Al-Fatihah..

12 February 2010

DAH SAMPAI SERU..SEMOGA BERBAHAGIA


Alhamdulillah & syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izinnya sahabatku bakal mendirikan rumahtangganya dengan pasangan terpilih dan terbaik untuknya..semoga perancangan yang disusun akan sentiasa diberkati dan dilindungi segala-galanya..

kepada shawn yang bakal melangsungkan perkahwinannya pada 14 Feb: Tahniah dan Semoga Tak Gentar Menghadapi Saat Lafaz Akad huhu..
p/s: Insyaalah dengan izin Allah aku akan sampai ke Pengkalan Hulu esok tapi maybe selepas akad dilangsungkan..sempat kot makan beradap ahahak..

kepada shar (Abang Tanjung) yang bakal menamatkan zaman bujangnya pada 15 feb: K.ima doakan hang tak kalut semasa 'acara bersama' ehem..ha pikir lain la tuh..bersama Tok Kadi laaa... huhu.. k.ima xdapat p la gelugoq coz kene shoot trs ke Teluk Intan kerana abah tak sihat! k.ima hanya hantar sekelumit adiah tok ko..itu pon kongsi ngan geng bas sekolah eh..bukan! geng OUTDOOR TEAM kiter..apapon u ar the great..hang buleh punya..

ucapan kepada kedua-dua mempelai yang meraikan hari bahagia sama plak ngan Gong Xi Pa Cai saya ingin mengucapkan 'selamat tahun baru' bersama pasangan baru, kehidupan baru, dan yang penting 'pengalaman baru' ahai! chayok-chayok..hanimun sakan la yek! peace..

RAPTAI PERTAMA

Blue Hippo Team tengok saizla..
budak nak separuh nyawa tarik cikgu sebagai penguat semangat

Pesaing hebat kami..rumah kuning

pasukan perbarisan rumah biru..

masa yang suntuk diambil untuk menguruskan pasukan rumah sukan memangla sangat mengembirakan walaupun memenatkan, namun pertama kali agak kelam kabot jugak..seme nak kene tau..sukan minggu hadapan latihan cuma sempat 2mgu sahaja..itupun 1kali dalam seminggu..cuti nie nak siapkan aksesori perbarisan dan maskot sebab aku dilantik menjadi ketua rumah sukan..maskot nak sewa mahai nak uat takot xsempat..erm..namun pengalaman ini semuanya adalah proses pembelajaran untuk menjadi lebih baik..
raptai perbarisan dan pertandingan tarik tali..